Wednesday 25 June 2014

Buku Sarana Ibu Bapa

Pagi ini, Khamis 22 Mei 2014, suatu majlis mengagihkan buku Sarana Ilbu Bapa telah diadakan di Dataran Ilmu SMAASZA.  Program ini dijayakan oleh bahagian kaunseling sekolah dengan dibantu oleh beberapa orang guru.  Setiap pelajar menerima sebuah buku mewakili sebuah keluarga.  Berikut adalah foto-foto sempena majlis tersebut.





Juara Kalam Jama'ie



Smaasza telah menjuarai Pertandingan Kalam Jama'ie Piala Pusingan Yayasan DiRaja Sultan Mizan 2014 pada April baru-baru ini.  Program Pengukuhan Bahasa Arab ini telah disertai oleh semua sekolah rendah dan menengah negeri Terengganu.  Ini merupakan kejayaan kali kedua buat Smaasza yang juga telah dinobatkan sebagai juara pada tahun lepas.   Syabas dan tahniah buat pelajar dan guru yang telah bertungkus lumus berlatih bagi menggapai kejayaan ini. Usaha gigih anda tidak sia-sia...alhamdulillah!
Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakamkan ketika latihan dan ketika membawa pulang piala pusingan tersebut.

Majlis Penutup Karnival Sains Dan Matematik

Karnival Sains dan Matematik SKK 2014 yang berlangsung dari 22 Jun telah ditutup dengan rasminya pada hari ini 25 Jun 2014 oleh Yang Berbahagia Tn. Haji Matsor bin Ismail, Ketua  Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Terengganu.
Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung di dewan Fikri SMAASZA dan telah dihadiri oleh peserta dari semua sekolah yang terlibat. Sebelum itu pada hari Selasa, beberapa pertandingan telah berlangsung antaranya pertandingan:
  1. Roket Air
  2. Sodoku 
  3. Booth Terbaik
  4. Bot Solar 
  5. Pertunjukan Sains
  6. Inovasi Tool kit 2 & 3  
Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakamkan sekitar pertandingan dan majlis penutup









SELAMAT PULANG KEPADA PARA PESERTA PERTANDINGAN DAN GURU PENGIRING
JUMPA LAGI PADA TAHUN HADAPAN, INSYAALLAH!

Tuesday 24 June 2014

Kejuaraan Pencak Silat SMAASZA 2014


Pertandingan Kejuaraan Pencak Silat SMAASZA Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan pada hari Sabtu 21 Jun 2014 baru-baru ini.   Pertandingan kali ini menyaksikan kehebatan pesilat-pesilat sekolah di seluruh negeri Terengganu.

 TARIKH DAN TAHUN PENUBUHAN
      1925 -  Menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudian di Sekolah Melayu Bukit Jambul.
      1932 – Bangunan baru didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu
      1933 – Perasmian  
      1943 – Bangunan tambahan dibina/pembesaran sekolah
      1958 – Penubuhan  SMAASZA Batu Burok (Pembahagian peringkat persekolahan)
    PENGASAS / TOKOH PENUBUHAN
      Penubuhan sekolah ini adalah di atas inisiatif beberapa orang tokoh/pegawai tinggi Melayu (pendidikan agama) 
      seperti Datuk Sri Amar Di Raja, Menteri Besar ketika itu, Datuk Bentara Luar, Ketua Pegawai Pelajaran, Datuk
      Andika Di Raja dan lain-lain ahli agama ketika itu.
    TAPAK / LOKASI SEKOLAH
       Tapak asal adalah rumah bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Sri Amar di Raja, Kampung Batu Burok, Jalan 
       Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu.
    BANGUNAN SEKOLAH PERINGKAT AWAL
       Pada awal penubuhan, sekolah ini menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudiannya berpindah ke-        Sekolah Melayu Bukit Jambul, Kuala Terengganu dengan nama Madrasah Arabiah
       Pada tahun 1932  sebuah bangunan sendiri telah didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu. 
       Pada tahun 1933 (15 Rejab 1353H), majlis perasmian sekolah telah adakan dan perasminya ialah DYMM Sultan 
       Sulaiman Badrul Alam Shah.  Nama sekolah adalah Madrasah Al-Sultan Zainal Abidin
       Pada tahun 1943 (zaman pemerintahan Jepun) DYMM Sultan Sulaiman telah menghadiahkan sebuah balai
       Istana Maziah untuk menampung pertambahan bilangan pelajar (atas inisiatif Encik Ibrahim  Fikri bin Muhammad
       Tan Sri Ibrahim Fikri))
       Pada tahun 1952 sebuah asrama didirikan untuk tempat tinggal pelajar yang jauh dari Kuala Terengganu.
       Bangunan yang didirikan pada tahun 1933 dan 1943 telah dirobohkan dan diganti dengan bangunan baru.
    PERKEMBANGAN DAN PENUBUHAN SMAASZA
      Pada tahun 1958 berlaku perubahan dasar pelajaran sekolah, iaitu dibahagikan kepada dua:-
   Bahagian Ibtidai (rendah) – pengajian selama 5 tahun
   Bahagian Thanawi (menengah) – pengajian selama 4 tahun
      Pelajar yang menamatkan darjah 6 sekolah kebangsaan akan dimasukkan ke pengajian Ibtidai selama 5 tahun, 
     setelah lulus akan dianugerahkan Sijil Ibtidai dan ini membolehkan mereka me nyambung pelajaran ke peringkat 
     Thanawi  selama 4 tahun lagi untuk memperoleh Sijil Thanawi (Sijil Thanawi ini diakui setaraf dengan Sijil Thanawi
     Azhar, dan pemegangnya boleh menyambung pengajian ke tahun pertama di Universiti Azhar, Mesir)
     Pada tahun 1958 ini juga berlaku pemindahan peringkat pembelajaran di mana bahagian Ibtidai kekal di Kampung 
     Ladang manakala bahagian Thanawi dipindahkan ke sebuah bangunan lama di atas sekeping tanah seluas 8 ekar
     di Kampung Batu Burok iaitu bekas rumah Allahyarham Datuk Sri Amar Di raja, bekas Menteri Besar Terengganu
     yang sebelum itu dijadikan Rumah Persinggahan.
     Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Ugama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk. (Nota:
     Pemindahan ini adalah hasil usaha YB Tan Sri Ibrahim Fikri yang ketika itu adalah Timbalan Menteri Besar
     Terengganu).  Hari ini, sekolah ini lebih dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama(Atas) Sultan Zainal
     Abidin atau SMAASZA.
     Pada tahun 1962, dua blok bangunan batu dua tingkat telah didirikan, mengandungi 16 buah bilik darjah. 
     Pada tahun 1965 sebuah dewan yang boleh memuatkan 500 orang pelajar/guru telah didirikan untuk kegunaan
     perhimpunan, majlis syarahan dan sebagainya.
     Pada tahun 1966 sebuah bangunan batu 3 tingkat telah didirikan sebagai bangunan  tambahan.  Bangunan ini
     Telah dilengkapi dengan makmal sains dan sains rumah tangga serta bilik darjah.
     Sebuah bangunan asrama untuk pelajar puteri telah didirikan dan bangunan ini boleh menampung kira-kira          150 orang  pelajar.

Temu Murni

Majlis Temu Murni untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014 telah di adakan pada 21 Jun baru-baru ini. Temu Murni kali ini melibatkan semua tingkatan 1-6.  Majlis bermula pada jam 9 pagi bertempat di dalam kelas.


...