SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin

Sejarah SMAASZA

Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) merupakan sebuah pusat pengajaran agama yang tertua di negeri Terengganu.  Meskipun penubuhannya sudah menjangkau hampir 100 tahun, namun SMAASZA telah berjaya mengekalkan ketrampilannya dengan sumbangan serta jasa bakti  kepada masyarakat Islam Terengganu.  Pelbagai ranjaudan duri telah dilalaui demi menabur bakti dan kesedaran kepada masyarakat.
Hasilnya, sekolah ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh terbilang negeri, antaranya ialah Yang Amat Berhormat Tan Sri Ibrahim Fikri ( Allahyarham ), Yang Berhormat Dato' Mahmud bin Sulaiman, Dato' Seri Amar Di Raja Tan  Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Dato' Dr. Mohamed Yusof bin Haji Mohd Noor dan lain-lain lagi.
ASAL USUL

Mengimbau kembali sejarah penubuhannya, SMAASZA telah melalui beberapa peringkat proses perkembangan. Kelahirannya adalah hasil daripada kesedaran para cendikiawan berpendidikan agama selepas Perang Dunia Kedua berikutan perkembangan pesat sekolah Inggeris dan kemalapan sistem pengajian pondok. Ketidak keseimbangan ini begitu ketara dan membimbangkan sehinggalah pada tahun 1925, suatu inisiatif telah diambil dengan mewujudkan satu kelas  pelajaran agama dengan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.  Kelas ini pada mulanya ditumpangkan di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudiannya dipindahkan ke Sekolah Melayu Bukit Jambul, Kuala Terengganu. Kelas ini dikenali dengan nama Madrasah Arabiyyah.
Pada tahun 1932, sebuah bangunan telah didirikan untuk Madrasah Arabiyyah di Kampung Ladang, Kuala Terengganu hasil dari pungutan derma orang ramai dan bantuan Kerajaan Negeri.  Bangunan ini telah dirasmikan pada tahun 1933.
Madrasah ini terus dimajukan dan dipindahkan ke Batu Buruk, Kuala Terengganu pada tahun 1958 dan dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama Atas SultanZainal Abidin ( SMAASZA ).
Berikut adalah ringkasan mengenai sejarah penubuhan SMAASZA.
1.   TARIKH DAN TAHUN PENUBUHAN
      1925 -  Menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudian di Sekolah Melayu Bukit Jambul.
      1932 – Bangunan baru didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu
      1933 – Perasmian  
      1943 – Bangunan tambahan dibina/pembesaran sekolah
      1958 – Penubuhan  SMAASZA Batu Burok (Pembahagian peringkat persekolahan)
2.    PENGASAS / TOKOH PENUBUHAN
      Penubuhan sekolah ini adalah di atas inisiatif beberapa orang tokoh/pegawai tinggi Melayu (pendidikan agama) 
      seperti Datuk Sri Amar Di Raja, Menteri Besar ketika itu, Datuk Bentara Luar, Ketua Pegawai Pelajaran, Datuk
      Andika Di Raja dan lain-lain ahli agama ketika itu.
3.    TAPAK / LOKASI SEKOLAH
       Tapak asal adalah rumah bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Sri Amar di Raja, Kampung Batu Burok, Jalan 
       Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu.
4.    BANGUNAN SEKOLAH PERINGKAT AWAL
       Pada awal penubuhan, sekolah ini menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudiannya berpindah ke-        Sekolah Melayu Bukit Jambul, Kuala Terengganu dengan nama “Madrasah Arabiah”
       Pada tahun 1932  sebuah bangunan sendiri telah didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu. 
       Pada tahun 1933 (15 Rejab 1353H), majlis perasmian sekolah telah adakan dan perasminya ialah DYMM Sultan 
       Sulaiman Badrul Alam Shah.  Nama sekolah adalah “ Madrasah Al-Sultan Zainal Abidin “
       Pada tahun 1943 (zaman pemerintahan Jepun) DYMM Sultan Sulaiman telah menghadiahkan sebuah balai
       Istana Maziah untuk menampung pertambahan bilangan pelajar (atas inisiatif Encik Ibrahim  Fikri bin Muhammad
       Tan Sri Ibrahim Fikri))
       Pada tahun 1952 sebuah asrama didirikan untuk tempat tinggal pelajar yang jauh dari Kuala Terengganu.
       Bangunan yang didirikan pada tahun 1933 dan 1943 telah dirobohkan dan diganti dengan bangunan baru.
5.    PERKEMBANGAN DAN PENUBUHAN SMAASZA
      Pada tahun 1958 berlaku perubahan dasar pelajaran sekolah, iaitu dibahagikan kepada dua:-
a.   Bahagian Ibtidai (rendah) – pengajian selama 5 tahun
b.   Bahagian Thanawi (menengah) – pengajian selama 4 tahun
      Pelajar yang menamatkan darjah 6 sekolah kebangsaan akan dimasukkan ke pengajian Ibtidai selama 5 tahun, 
     setelah lulus akan dianugerahkan Sijil Ibtidai dan ini membolehkan mereka me nyambung pelajaran ke peringkat 
     Thanawi  selama 4 tahun lagi untuk memperoleh Sijil Thanawi (Sijil Thanawi ini diakui setaraf dengan Sijil Thanawi
     Azhar, dan pemegangnya boleh menyambung pengajian ke tahun pertama di Universiti Azhar, Mesir)
     Pada tahun 1958 ini juga berlaku pemindahan peringkat pembelajaran di mana bahagian Ibtidai kekal di Kampung 
     Ladang manakala bahagian Thanawi dipindahkan ke sebuah bangunan lama di atas sekeping tanah seluas 8 ekar
     di Kampung Batu Burok iaitu bekas rumah Allahyarham Datuk Sri Amar Di raja, bekas Menteri Besar Terengganu
     yang sebelum itu dijadikan Rumah Persinggahan.
     Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Ugama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk. (Nota:
     Pemindahan ini adalah hasil usaha YB Tan Sri Ibrahim Fikri yang ketika itu adalah Timbalan Menteri Besar
     Terengganu).  Hari ini, sekolah ini lebih dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama(Atas) Sultan Zainal
     Abidin atau SMAASZA.
     Pada tahun 1962, dua blok bangunan batu dua tingkat telah didirikan, mengandungi 16 buah bilik darjah. 
     Pada tahun 1965 sebuah dewan yang boleh memuatkan 500 orang pelajar/guru telah didirikan untuk kegunaan
     perhimpunan, majlis syarahan dan sebagainya.
     Pada tahun 1966 sebuah bangunan batu 3 tingkat telah didirikan sebagai bangunan  tambahan.  Bangunan ini
     Telah dilengkapi dengan makmal sains dan sains rumah tangga serta bilik darjah.
     Sebuah bangunan asrama untuk pelajar puteri telah didirikan dan bangunan ini boleh menampung kira-kira 150
     orang  pelajar.

No comments:

Post a Comment

...